Teka-teki pengganti Dr Noor Hisham

Iklan
Dr Noor Hisham akan menamatkan khidmat bakti selama 35 tahun dalam bidang kesihatan negara pada 21 April ini.

PUTRAJAYA - Individu yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mulai Khamis ini, masih menjadi teka-teki.

Ketika ini, terdapat tiga Timbalan Ketua Pengarah (TKP) yang berada di peringkat tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Mereka ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Ketika itu Dr Norhayati merupakan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit sebelum dilantik ke jawatan terkini pada 15 Julai 2022.

Iklan

Turut dilantik pada tarikh sama adalah Dr Muhammad Radzi.

Sementara, Dr Asmayani yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dilantik sebagai TKP pada 17 Ogos 2021.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali masih belum menandatangani surat pelantikan tersebut.

Dr Noor Hisham yang juga dikenali sebagai Panglima Perang Covid-19 akan menamatkan khidmat bakti selama 35 tahun dalam bidang kesihatan negara pada 21 April ini.