Kepulangan Ancelotti imbau memori di Stamford Bridge

Iklan
Ancelotti - Foto AFP

KEPULANGAN pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti ke Stamford Bridge untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Chelsea, membangkitkan memori ketika bersama kelab London itu.

Ancelotti sebelum ini pernah memacu The Blues merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA pertama kelab itu pada 2010.

Iklan
Iklan

Namun semua kenangan itu berlalu dengan kemerosotan prestasi semasa kelab kendalian pengendali sementara Frank Lampard yang terpalit dua kekalahan berturut-turut kini berada di kedudukan ke-11.

"Saya penyokong Chelsea, sudah tentu, kerana saya menghabiskan dua tahun yang sangat baik di sana.

Iklan

"Saya fikir dan saya harap Lampard akan dapat melakukan tugas yang hebat bersama mereka,” kata Ancelotti sebelum aksi pertama 13 April lalu.

Pengkritik menyifatkan kelab milik Todd Boehly sekarang tidak mempunyai barisan pemain yang memiliki kepimpinan dan kualiti seperti era Didier Drogba, John Terry, Michael Ballack dan Lampard.

Iklan

Ini dapat dibuktikan dengan kekalahan 0-2 Chelsea kepada Real Madrid di Santiago Bernabeu minggu lalu.

Sebagai rekod, Ancelotti dilepaskan pemilik ketika itu, Roman Abramovich pada 2011, menamatkan tempoh dua musim singkat yang tidak dapat dilupakannya pengendali dari Itali tersebut.