Menteri Hal Ehwal Agama Pakistan maut kemalangan jalan raya

Iklan
Mufti Abdul Shakoor dilaporkan meninggal dunia selepas kereta dipandunya bertembung sebuah kenderaan lain.

ISLAMABAD - Menteri Hal Ehwal Agama Pakistan, Mufti Abdul Shakoor meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu, menurut Polis Islamabad dalam satu kenyataan.

Menteri itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas kereta dipandunya bertembung sebuah kenderaan lain.

Iklan
Iklan

Beliau dikejarkan ke hospital akibat mengalami pendarahan di kepala, sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Pemandu kenderaan yang melanggar kereta menteri itu ditahan, bersama empat yang lain.

Iklan

Presiden Pakistan Arif Alvi dan Perdana Menteri Shahbaz Sharif mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. - Bernama

Iklan