Pesta Panjut Majlis Bandaraya Ipoh

Iklan

Orang ramai melihat hiasan panjut pada program Pesta Panjut Antara Sektor Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dianjurkan oleh MBI di Padang Ipoh malam semalam.

Tidak mahu tradisi memasang pelita panjut menjelang Aidilfitri ditelan zaman, MBI mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan panjut hiasan antara sektor jabatan pihak berkuasa tempatan itu.

Iklan
Iklan

Kira-kira 2,000 pelita digunakan bagi menghasilkan empat reka bentuk panjut bagi menceriakan bandar raya itu bermula malam tadi. - Foto Bernama