Permudahkan syarat pinjaman perniagaan - Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri edar 500 bungkus makanan kepada pelajar OKU, golongan asnaf dan perwakilan kolej UiTM.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta supaya bank-bank di Malaysia mempermudahkan kaedah bagi tujuan pinjaman perniagaan lebih-lebih kepada peniaga kecil.

Beliau berkata, syarat ketat dan tidak munasabah yang ditetapkan institusi kewangan tersebut akhirnya menyebabkan mereka berurusan dan meminjam daripada along.

Iklan
Iklan

"Pemudahkan segala pinjaman kepada peniaga kecil ini, pinjaman perniagaan ini bukan baharu tetapi sudah lama ada.

"Cuma masalah yang timbul ialah peniaga-peniaga kecil susah nak dapat pinjaman dari bank. Jadi saya harap mudahkan urusan pemohon,” katanya pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berkunjung ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi meneruskan Program Kongsi Rezeki Ramadan.

Ahli Parlimen Bera itu mengedarkan 500 bungkus makanan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU), golongan asnaf dan perwakilan kolej universiti berkenaan.

Iklan

"Saya berharap lebih banyak pihak seperti syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu terutamanya pelajar-pelajar di kawasan Lembah Klang,” ujarnya.

Program Kongsi Rezeki Ramadan yang dianjurkan Ismail Sabri bermula pada 1 Ramadan lalu menyasarkan golongan asnaf dan mahasiswa institut pengajian tinggi termasuk mengagihkan 3,000 pek makanan berbuka puasa.