JBPM lancar helikopter ambulans pertama
Iklan
EMARS akan dilancarkan oleh Kor Ming di pasar raya AEON Shah Alam pada Sabtu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melancarkan helikopter ambulans pertama yang dinamakan Emergency Medical Air Rescue Services (EMARS), pada Sabtu.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, EMARS ialah permulaan terbaik dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada setiap lapisan masyarakat selari dengan hasrat kerajaan yang menitikberatkan ketersampaian perkhidmatan agensi kerajaan ke akar umbi.
"EMARS akan digunakan untuk pemindahan mangsa dari hospital ke hospital dan memudahkan ketersampaian perkhidmatan kepada penduduk di kawasan pedalaman khususnya komuniti Orang Asli yang diketahui sukar untuk menggunakan laluan darat.
Menurutnya, ketika ini JBPM memiliki sembilan helikopter pelbagai jenis terdiri daripada Mil Mi-17, Agusta A109E, Agusta 139 serta Agusta 189 dan sebuah helikopter Agusta A109E akan diubah suai bagi dilengkapkan dengan kemudahan perubatan awal pesakit bagi pelaksanaan EMARS.
Abdul Wahab berkata, EMARS yang pertama seumpamanya di Malaysia itu akan dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming di pasar raya AEON Shah Alam pada Sabtu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>