Kamarulzaman dilantik Datuk Bandar KL baharu

Iklan
Kamarulzaman

KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 17 April ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac lepas selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).

Iklan
Iklan

"Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Mohd Zuki turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi. - Bernama