Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibuat mulai Jumaat ini, kata Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, penyaluran BKKA yang diawalkan dari tarikh 17 April yang ditetapkan sebelum ini, adalah bagi membolehkan penerima membuat persediaan awal untuk menyambut Aidilfitri.