Suri rumah rugi lebih RM450,000 diperdaya scammer

Iklan
Mohd Yusri

BAGAN SERAI - Seorang suri rumah berputih mata selepas wang simpanan berjumlah RM459,754 lesap setelah terpedaya dengan sindiket penipuan, Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 50-an itu menerima panggilan daripada pihak insurans dan polis mendakwa terdapat tuntutan palsu selain terlibat dengan jenayah pemerasan serta judi haram.

Iklan
Iklan

"Mangsa menyedari diperdaya selepas menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa membuat semakan mendapati wang simpanannya telah berkurangan sebanyak RM459,754.

Iklan

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Mohd Yusri berkata, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan segala taktik jenayah penipuan selain boleh merujuk CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599 dan National Scam Response centre di talian 997.