Malaysia sokong penuh inisiatif Jalur dan Laluan
Iklan
BEIJING - Malaysia menyokong penuh inisiatif Jalur dan Laluan kerana negara akan memperoleh manfaat daripada projek infrastruktur besar-besaran yang akan dilaksanakan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
Bercakap pada mesyuarat peringkat tinggi Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa di Pusat Persidangan Kebangsaan China, pemimpin berusia 94 tahun itu berkata, inisiatif Jalur dan Laluan adalah satu idea yang hebat.