Resepi Kuih Loyang dari ibu kini menjadi sumber pendapatan buat Basyiroh Mahamad Yusuf, 38, terutamanya musim perayaan seperti Aidilfitri.
Kuih tradisional tersebut juga dikenali dengan nama lain iaitu Kuih Bunga Ros dan Kuih Bunga Kiambang dijual dengan tiga perasa iaitu Loyang Pedas, Loyang Manis dan Loyang Bijan.