Lebih 42,000 pelajar di Tanzania tidak sekolah kerana hamil
Iklan
DAR ES SALAAM - Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaru oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.
Menurut laporan CAG 2021/2022 yang dibentangkan di Parlimen di Dodoma, daripada 42,954 pelajar yang hamil, 23,009 terdiri pelajar sekolah menengah dan 19,945 murid sekolah rendah, lapor Xinhua.