Parkir Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 sesak
Iklan
Rosleli (kanan) meninjau tanah lapang yang akan diusulkan dalam Sidang DUN untuk dijadikan kawasan parkir bagi mengatasi masalah kesesakan parkir di Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2.
KOTA TINGGI - Masalah parkir kenderaan awam di Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 ketika waktu puncak menyebabkan pergerakan ambulans terganggu.
Difahamkan, klinik berkenaan bukan sahaja menerima pesakit dari Felda tersebut bahkan penduduk dari beberapa kampung berhampiran seperti Felda Air Tawar 1, Felda Air Tawar 3, Kampung Sungai Sembilang dan Kampung Nanyo.
Iklan
Iklan
ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari berkata, masalah parkir itu telah berlaku sejak sekian lama susulan klinik berkenaan menjadi tumpuan kehadiran pesakit yang mahu mendapatkan rawatan.
Menurutnya, kemudahan yang terhad di Hospital Kota Tinggi (HKT) juga merupakan antara faktor penyumbang masalah itu.
Iklan
"HKT tidak pernah dinaiktaraf dan kita maklum HKT kemudahannya terhad dengan bilangan pesakitnya juga ramai.
"Jadi klinik kesihatan di sini menjadi pilihan kedua penduduk dan apabila menjadi tumpuan ia menjadi sesak. Bila parkir penuh pernah berlaku sehingga mengganggu perjalanan ambulans," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Rosleli berkata, susulan itu beliau mencadangkan tanah kosong yang berada berhampiran pusat kesihatan itu dijadikan kawasan parkir bagi mengatasi masalah berkenaan.
Katanya, beliau akan membawakan perkara itu dalam Sidang DUN selain turut mengemukakan sekali lagi agar cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Kota Tinggi dipercepatkan.
"Cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Kota Tinggi bagi menampung pesakit luar di HKT telah saya usulkan dalam yang Sidang DUN yang lalu.
"Menteri besar ketika itu juga telah memberikan respon akan pembinaan klinik bertempat di Kota Kecil itu.
"Dengan adanya kemudahan klinik ini kita yakin masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 juga boleh diatasi apabila sebahagian pesakit boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan daerah yang baharu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>