Raikan anak-anak yatim

Iklan
Pengurus Perhubungan Awam dan Pembangunan Pasaran syarikat harmacore Technology & Innovation Sdn Bhd, Syukrina Mohtar (tengah) menyerahkan replika cek kepada wakil Yayasan Islam Darul Ehsan. (Gambar kecil: Agung) - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

SHAH ALAM - Syarikat Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd melalui jenama mereka, Wardah Beauty dan Kahf berkongsi rezeki dengan meraikan anak-anak yatim pada program Iftar ala Madinah @Karangkraf di sini pada Khamis.

Ketua Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Paragon Tecnology & Innovation, Agung Andrian berkata, ini merupakan sebahagian usaha syarikat itu untuk menyumbang kepada komuniti setempat.

Iklan
Iklan

"Ramadan kali ini kita menggunakan tagline ‘Bersama Lebih Bermakna’ di mana kita mahu memberikan kebaikan dan menyumbang manfaat kepada masyarakat setempat.

"Paling penting kita mahu memberi mesej bahawa produk keluaran kita adalah halal dan sesuai untuk pengguna yang mementingkan aspek bersih dan suci,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurut Agung, syarikat berkenaan menyumbang RM10,000 untuk Yayasan Islam Darul Ehsan yang kemudian akan diagihkan kepada 25 buah rumah kebajikan anak yatim persendirian di bawah naungannya.

"Ini merupakan usaha berterusan syarikat kami untuk memberi kegembiraan kepada orang ramai dan golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Iklan

Seramai 45 anak-anak Pusat Jagaan Darul Sakinah, Petaling Jaya dan Rumah Anak Yatim dan Miskin, Kuala Langat diraikan pada program berkenaan.

Wardah Beauty merupakan jenama terkenal di Indonesia yang mula memasuki pasaran negara ini sejak tahun 2013 manakala Kahf jenama khusus untuk lelaki mula diperkenalkan sejak Oktober tahun lalu.

Wardah Beauty dan Kahf boleh didapati di rangkaian kedai farmasi serbaneka Watsons dan Guardian seluruh negara.

Selain itu ianya boleh dibeli secara atas talian menerusi platform e-dagang Shopee, Lazada dan TikTok shop.Maklumat lanjut layari Instagram @kahfeveryday dan @wardahbeauty_my.