Wanita rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai
Iklan
NEW DELHI - Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai dalam penerbangan ke Kuala Lumpur pada Khamis kerana membawa wang tunai yang tidak diisytiharkan berjumlah AS$67,600.
"Pihak berkuasa kastam telah memaklumkan kami tentang penahanan itu dan mereka sedang menjalankan siasatan," kata Konsul Jeneral,Malaysia di Chennai, K. Saravanan.