Kerajaan timbang subsidi tiket penerbangan pelajar Sabah, Sarawak

Iklan
Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan pemberian subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung halaman. - Gambar hiasan. - Foto Bernama

SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan pemberian subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sabah dan Sarawak memandangkan mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibawa kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk diperhalusi.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini menteri ada menyentuh mengenai penambahan kapasiti penerbangan, tapi ini (kawal harga tiket) di luar bidang kuasa kerajaan melainkan kita beri subsidi.

"Subsidi tiket pelajar ini masuk akal juga, mungkin kita kena runding dengan syarikat penerbangan. Kalau ada rekod atau sijil pelajar, mungkin setahun sekali kita boleh berikan (subsidi tiket). Boleh, nanti saya akan bincang dengan menteri.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Se-Malaysia di sini, pada Jumaat.

Pada 14 Mac lalu, Anthony berkata, kerajaan tidak boleh menetapkan harga siling tiket penerbangan domestik ekoran ia mungkin menjejaskan sektor pengangkutan udara itu.

Iklan

Sebaliknya, kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan untuk menambah kapasiti penerbangan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah.