Luqman Al-Hakim nama anak keenam Aliff Syukri

Iklan
Aliff Syukri dan Nur Shahida berkongsi nama pilihan anak keenamnya.. Luqman Al-Hakim - Foto FB Aliff Syukri

ISTERI kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi nama pilihan anak keenamnya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Shahida memaklumkan mereka sekeluarga telah memilih nama yang cukup cantik iaitu Luqman Al-Hakim.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum.. Nama saya Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri," coretnya.

Selain nama, Shahida juga turut berkongsi wajah terbaharu bayi comel itu.

Iklan

Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, Shahida juga mengakui kelahiran anak keenamnya itu membawa rezeki buat mereka sekeluarga.

"Banyaklah benda-benda tak sangka rezeki datang bergolek. Betullah orang cakap tiap anak rezeki beza-beza," ujarnya.

Iklan

Terdahulu, Shahida selamat bersalin cahaya mata keenam selepas 15 jam.

Malah kata Shahida itu merupakan pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir dengan mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

Untuk info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. - Awani