Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas

Iklan
Lokasi di sungai Kampung Sahari di mana dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas petang tadi.

SIMPANG RENGGAM - Dua pelajar sekolah tahfiz di Kampung Sahari, di sini, dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Sahari, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.16 petang memaklumkan terdapat tiga remaja lelaki lemas di sungai berkenaan.

Iklan
Iklan

"Satu jentera melibatkan seorang pegawai dan lima anggota telah ke kawasan kejadian dan seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bomba bantuan yang kebetulan berada di lokasi.

"Tindakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan membuat 'open searching' juga dilakukan di sekitar kawasan kali terakhir dua mangsa berusia 13 dan 16 tahun tersebut dipercayai lemas," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, identiti dua mangsa yang dipercayai lemas juga masih belum dikenal pasti manakala mangsa yang selamat telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk mendapatkan rawatan.