Penjawat awam Kedah terima Bantuan Khas Aidilfitri

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri itu pada 18 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelulusan pemberian bantuan itu diputuskan pada Mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan itu memberi manfaat kepada 5,100 kakitangan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, mesyuarat Exco turut bersetuju untuk melantik Majlis Ketua Kampung (MKK) bagi mengantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Iklan

"Sebelum ini, kita guna JPKK tapi selepas dimansuhkan ia ditukar kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP). Jadi, kita nak kekalkan JPKK tapi kita tukar dengan nama baharu kepada MKK.

" Ini akan melibatkan peruntukan tahunan berjumlah RM13.8 juta bagi membayar elaun kepada MKK," ujarnya.

Iklan