Jackie Chan ke Malaysia tahun depan untuk penggambaran filem

Iklan
Jackie Chan - Foto Facebook

BINTANG filem ternama Hong Kong, Jackie Chan menyatakan minatnya untuk menjalani penggambaran sebuah filem di Malaysia pada 2024.

Beliau yang turut menempa kemasyhuran di Hollywood secara peribadi sangat merindui Malaysia dan begitu teruja untuk kembali lagi ke sini.

Iklan
Iklan

"Saya yakin penonton di Malaysia akan mengalu-alukan saya menjalani penggambaran di sana (Malaysia). Sebetulnya, sudah ada jalan cerita (filem) yang akan menjalani penggambaran di sana.

"Penerbit juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi di Malaysia. Jika semua perkara berjalan lancar berdasarkan rancangan, kami akan melakukan penggambaran filem di sana,” kata Jackie seperti dilaporkan portal berita The Star.

Iklan

Pelakon berusia 68 tahun itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif di Beijing, China sempena filem baharu lakonannya, Ride On yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sekalipun tidak berkongsi panjang lebar mengenai filem yang belum memiliki tajuk itu, Jackie, bagaimanapun, memaklumkan, ia bukan filem bergenre aksyen.

Iklan

Kali terakhir Jackie menjalani penggambaran di Malaysia ialah pada tahun 1991 iaitu filem aksyen Supercop yang turut menampilkan pelakon kelahiran Malaysia yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.

Ketika penggambaran filem berkenaan berlangsung, beberapa jalan sekitar Dataran Merdeka teah ditutup. - Awani