SPRM tahan dua individu menyamar pegawai kastam

Iklan
SPRM menahan dua individu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 daripada seorang pemilik kedai runcit pada 2020. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menahan dua individu termasuk seorang pembantu penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 daripada seorang pemilik kedai runcit pada 2020.

Sumber berkata, suspek pertama yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam bersama suspek kedua dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kedai runcit terbabit di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan menjual rokok seludup.

Iklan
Iklan

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok pada 8.30 pagi untuk permohonan reman. - Bernama

Iklan
Iklan