Bakal jemaah umrah tuntut wang dikembalikan

Iklan
Sekumpulan individu mendakwa urusan umrah dibatalkan pada saat akhir selain wang yang dibayar gagal dipulangkan.

PUTRAJAYA - Kami hanya mahukan wang kami kembali, demikian luah sekumpulan individu yang terdiri daripada pesara, kakitangan kerajaan dan swasta selepas yang mendakwa sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah serta haji membatalkan urusan umrah selain wang yang dibayar gagal dipulangkan sehingga kini.

Lebih memeritkan ada antara individu terlibat ini mendakwa menggunakan wang persaraan mereka selain ada yang membuat pinjaman peribadi untuk membeli pakej umrah yang ditawarkan syarikat terbabit.

Iklan
Iklan

Individu yang mahu dikenali sebagai Rahman, 53, berkata, dia bersama isteri, dan tiga anak mereka sepatutnya menunaikan umrah sekitar Mac lalu, namun ditangguhkan sebelum dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebab yang munasabah.

"Takkan semua urusan jemaah diuruskan pada saat-saat akhir, sewajarnya syarikat ini menguruskan dengan teliti, ini tidak, diberikan kepada kami pelbagai alasan, saya tak peduli saya hanya mahukan wang saya yang berjumlah lebih RM50,000 dikembalikan itu sahaja," katanya kepada pemberita di luar bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Selasa.

Iklan

Seorang pesara kerajaan yang mahu dikenali sebagaI Rafidah berkata, wang simpanannya habis digunakan untuk membeli pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

"Saya ambil pakej umrah dalam tempoh Ramadan yang mana harganya agak mahal berbanding pakej biasa itu sekitar RM12,000 seorang, dan saya ambil sekali dengan suami yang mana berjumlah keseluruhan RM24,000.

Iklan

"Apa yang saya kecewakan, syarikat ini memberikan pelbagai alasan seolah-olah mereka tidak mahu membayar semula wang kami, saya tak kisah seandainya tak boleh nak pergi bersama syarikat ini, tapi setidaknya, berikan semula wang kami dan kami dapat pergi dengan agensi lain, itu yang sepatutnya," katanya.

Media difahamkan kehadiran lebih 20 bakal jemaah umrah itu bagi mendapatkan pandangan berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Sebelum ini pada 1 Mac lalu, pejabat syarikat agensi pelancongan dan pengendali umrah serta haji ini diserbu sekumpulan bakal jemaah umrah apabila gagal 'diterbangkan' seperti yang dijanjikan.

Awal Mac lalu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham mendedahkan isu kartel serta monopoli tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji oleh beberapa syarikat gergasi sememangnya wujud dan menjadi punca kenaikan harga pakej ibadah berkenaan di negara ini.

Beberapa hari selepas itu, SPRM menahan reman tujuh individu termasuk pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan yang dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah pengagihan