8.7 juta B40 terima Sumbangan Tunai Rahmah mulai Rabu ini

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat mulai Rabu ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, bayaran kepada 8.7 juta golongan B40 itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.26 bilion.

Iklan
Iklan

Seramai empat juta penerima kategori isi rumah menerima RM200 dan 3.5 juta kategori bujang (RM100) manakala 1.2 juta warga emas dan tiada pasangan (RM100) menerima manfaat STR.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Iklan

Dengan pembayaran tersebut, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu atau kemas kini STR.

Iklan

Sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelumdiluluskan mengikut kategori kelayakan STR.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai Rabu.