Nabil Ahmad timang cahaya mata perempuan ketiga

Iklan

PELAKON dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan isteri, Nazirah Ayub selamat menimang cahaya mata ketiga di Hospital Thomson, Kota Damansara, sekitar jam 1.00 tengah hari, Rabu.

Khabar baik itu dikongsi menerusi Instagram MeleTOP.

Iklan
Iklan

Malah Nabil juga berkongsi wajah anak comelnya itu di akaun Instagramnya.

Pengacara, Nabil Ahmad

Hasil tinjauan di ruang komen, rata-rata peminat teruja dan gembira dengan perkongsian dibuat pelakon filem Sifu dan Tongga itu.

Iklan

Setakat ini, Nabil belum lagi berkongsi nama bagi puteri ketiganya itu.

"Mungkin anak ketiga jadi kami tak mahu tergesa-gesa. Apabila sudah ada nama nanti akan kami kongsikan," katanya.

Iklan

Untuk rekod, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 sebelum ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3.