Sultan Johor titah ketepikan sebarang perbezaan
Iklan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU -"Saya harap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh agar pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Tuanku turut bertitah menyarankan sebarang perbezaan terutama membabitkan kerajaan Persekutuan dan Johor diketepikan demi kebaikan semua.
Iklan
Iklan
"Atas sebab itu juga, sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan Pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan.
"Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat. Bersama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kemajuan negeri Johor,” titahnya seperti dipetik dari Facebook rasminya di sini hari ini.
Iklan
Sultan Johor bertitah, Johor baru sahaja menyempurnakan pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco.
"Saya harap selepas ini tumpuan akan diberikan kepada ikhtiar membangun dan memajukan Johor.
Iklan
"Justeru, kepimpinan baharu harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha agar kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela,” titahnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>