Isu doktor kontrak: KKM beri peringatan tidak sertai himpunan haram

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semula mengenai peraturan melarang penjawat awam daripada menyertai perhimpunan haram susulan wujud perancangan daripada doktor kontrak untuk melakukan mogok selama tiga hari bermula Isnin.

Peringatan itu dimuat naik Unit Integriti KKM melalui laman Facebook rasmi kementerian berkenaan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Mengikut hantaran tersebut, berdasarkan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 JUN 2011, penjawat awam dilarang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.

Jelasnya, antara bentuk perhimpunan haram adalah penglibatan aktif di luar masa bekerja, menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai perhimpunan.

Iklan

Selain itu, menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan perhimpunan haram.

"Sekiranya cukup bukti menunjukkan pegawai terlibat dalam kegiatan tersebut, maka pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) (P.U(A) 395/1993)," katanya

Iklan

Difahamkan, terdapat kumpulan doktor kontrak akan melancarkan mogok di seluruh negara bermula Isnin hingga Rabu sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.