Agong berangkat pulang selepas lawatan rasmi di Labuan

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat pulang hari ini selepas lawatan khas tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan. - Foto Bernama

LABUAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang hari ini selepas lawatan khas tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua di Lapangan Terbang Labuan di sini, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Iklan
Iklan

Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pada 10.06 pagi.

Hadir sama di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan ialah Senator Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar; Panglima Wilayah Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail; Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Iklan

Pasangan diraja itu berangkat tiba di Labuan pada Jumaat (31 Mac).

Ia merupakan lawatan kedua Seri Paduka berdua, dengan yang pertama pada 2019. - Bernama

Iklan