Program Kejut Sahur Paluan Rebana

Iklan

Penduduk Taman Klebang Putra 1, Ipoh, berarak dengan melaungkan"bangun sahur” sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat pada Program Kejut Sahur ‘Tradisi Kampung di Taman Klebang Putra 1 awal pagi tadi.

Program yang bermula kira-kira 3.30 pagi dan berlangsung selama 30 minit itu melibatkan lebih 50 individu termasuk kanak-kanak dengan berjalan lebih kurang tiga kilometer mengelilingi kawasan perumahan tersebut dalam usaha ‘menghidupkan’ tradisi Melayu itu pada Ramadan di kawasan bandar. - Foto Bernama

Iklan
Iklan