Shahrol Anuwar dinamakan semula Pengerusi Interim FGV

Iklan
Shahrol Anuwar

SHAH ALAM - Pengarah Lantikan Kerajaan dalam Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad (FGV), Datuk Shahrol Anuwar Sarman dinamakan semula sebagai Pengerusi Interim berkuat kuasa hari ini.

Menurut FGV dalam kenyataan pada Sabtu berkata, Shahrol Anuwar akan memegang jawatan berkenaan sehingga pelantikan pengerusi baharu dibuat oleh pemegang saham khas syarikat tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagi pihak Kumpulan, Lembaga Pengarah dan Pengurusan FGV, kami ingin merakamkan penghargaan kepada Dzulkifli atas khidmat dan tunjuk ajar beliau sebagai Pengerusi FGV dari 1 April 2021 sehingga 31 Mac 2023.

"Kami juga mendoakan yang terbaik untuknya pada masa hadapan," katanya.

Iklan

Dalam rekod, Shahrol Anuwar, 49, mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan di peringkat tempatan dan global.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik di Kementerian Kewangan (MoF) dari 2019 hingga 2022 termasuk kini sebagai Pengarah Pejabat Belanjawan Negara di jabatan sama.

Iklan

Shahrol Anuwar juga berkelulusan Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Cardiff di Wales, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda Kewangan daripada Universiti Teknologi Mara.