Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini
Iklan
PUTRAJAYA - Hari keenam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis hari ini bermula dengan saksi ke-17 memberi keterangan.
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid dari pasukan komando VAT 69 berpangkalan di Ulu Kinta, Perak menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan pada prosiding hari ini.