Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas dan dibebaskan
Iklan
Emilia Hanafi (kanan) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti status rundingan penyelesaian kes atau pun sambung bicara melibatkan bekas suaminya Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret pada Jumaat melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu selepas wanita itu menarik balik kes terhadap ahli perniagaan itu.
Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu, setelah membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal, supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan, susulan Emilia yang merupakan pengadu dan juga saksi pendakwaan terakhir bersetuju untuk menarik balik kes.
Iklan
Iklan
Sebelum itu, peguam pemerhati bagi pihak Emilia, Nizam Bashir memaklumkan kepada mahkamah pihak-pihak terlibat telah berbincang sejak semalam dan akhirnya mencapai penyelesaian melibatkan pertikaian antara mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memanggil Emilia ke kandang saksi untuk mengesahkan perkara tersebut.
Iklan
"Oleh kerana terdapat satu penyelesaian, saya ingin menarik balik kes ini. Saya juga faham kesan sekiranya saya menarik balik kes, pertuduhan tidak boleh diteruskan terhadap tertuduh,” kata Emilia ketika disoal Nur Aishah pada prosiding hari ini, yang sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara.
Nur Aishah kemudian memohon agar SM Faisal dilepas tanpa dibebaskan, susulan pengesahan daripada Emilia, namun Akberdin memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan ekoran penarikan balik kes oleh wanita itu.
Iklan
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Nizam berkata, kes berjaya diselesaikan setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian yang dijanjikan.
"Kes berjaya diselesaikan dan asas penyelesaian merupakan faktor keberkatan bulan Ramadan selain kemaslahatan anak-anak (merujuk kepada tiga anak SM Faisal dan Emilia). Terdapat terma-terma persetujuan tapi tidak payahlah didedahkan, kita raikan persetujuan kata putus yang berjaya dicapai,” katanya.
SM Faisal SM Nasimuddin Kamal (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti status rundingan penyelesaian kes ataupun sambung bicara melibatkan bekas isterinya Emilia Hanafi. - Foto Bernama
Sementara itu, Akberdin berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian kepada umum.
"Penyelesaian ini juga melibatkan kes di Mahkamah Syariah iaitu kes mutaah dan harta sepencarian. Pihak-pihak akan mengambil tindakan memaklumkan kepada mahkamah, untuk tidak meneruskan lagi kes-kes lain. Kami berharap selepas ini semua akan berjalan lancar,” kata peguam itu.
Sementara itu, SM Faisal dan Emilia ketika ditemui pemberita menzahirkan kesyukuran atas penyelesaian itu dan akan memberikan fokus sepenuhnya kepada anak-anak.
SM Faisal didakwa mencederakan Emilia di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang 22 Nov 2015 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.