ACATA gesa kerajaan wujudkan peraturan industri vape
Iklan
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Arifin)
SHAH ALAM - Advanced Centre for Addiction Treatment Advocacy (ACATA) menggesa kerajaan memperkenalkan peraturan bagi industri vape berikutan cadangan mengecualikan cecair dan gel vape yang mengandungi nikotin daripada Akta Racun 1952 untuk mengurangkan tabiat merokok di Malaysia.
Presidennya, Dr Arifin Fii berkata, pengecualian nikotin daripada akta berkenaan mesti dipatuhi dengan kadar segera.
Iklan
Iklan
Beliau turut mengesyorkan kerajaan untuk meminda peraturan tembakau semasa untuk memasukkan vape.
"Mendidik perokok tentang vape adalah penting kerana mereka merupakan kumpulan berisiko yang akan mendapat manfaat daripada penggunaan produk berkenaan.
"Paling penting golongan itu menerima maklumat betul, tepat dan berasaskan bukti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Sebelum ini Lembaga Racun dilaporkan akan membincangkan pengecualian kawalan nikotin di bawah Akta Racun 1952 untuk membolehkan ia dikenakan cukai oleh kerajaan.
Pada masa sama, Arifin berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan produk tersebut tertakluk kepada kawalan ketat bukan sahaja melindungi keselamatan pengguna tetapi bagi memastikan vape hanya boleh diakses oleh orang dewasa.
Iklan
Jelasnya, terdapat bukti kukuh dan boleh dipercayai untuk membuktikan bahawa vape kurang berbahaya daripada menghisap rokok dan ia juga boleh membantu perokok untuk berhenti merokok.
"Semua pihak berkepentingan perlu bekerjasama dalam membangunkan pendekatan kawal selia vape untuk pengguna supaya mereka tidak terus merokok.
"Selain itu, ia juga mampu memberi keyakinan kepada mereka (pengguna) untuk menggunakan produk tersebut kerana kurang berbahaya,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>