Rakyat Malaysia perlu pendapatan selesa atasi kos sara hidup
Iklan
Noor Azlan
SHAH ALAM - Kerajaan perlu berusaha mewujudkan pendapatan selesa dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai langkah mengimbangi isu kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurut pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, usaha tersebut dilihat perlu memandangkan orang ramai tanpa mengira kelas pendapatan ekonomi akan sentiasa berhadapan dengan kenaikan kos keperluan.
Iklan
Iklan
Ujar beliau, meskipun kadar inflasi telah pun menurun namun ia tidak mengurangkan peningkatan harga barang.
"Dari 552 harga yang dipantau Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hanya 66 harga yang mencatat penurunan harga.
Iklan
"Sebahagian besar, 452 harga meningkat. Dari 12 komposisi harga Indeks Harga Pengguna (IHP) semua mencatat peningkatan, kecuali telekomunikasi. Terima hakikat, umumnya harga sentiasa meningkat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.
Noor Azlan menambah, kadar kenaikan harga makanan dan minuman bukan beralkohol meningkat lebih tinggi pada bulan Februari iaitu sebanyak tujuh peratus berbanding Januari yang berjumlah 6.7 peratus.
Iklan
Jelasnya, bagi komponen restoran dan hotel pula, ia bertambah dengan ketara kepada 7.4 peratus berbanding Januari pada kadar 6.8 peratus.
"Kos sara hidup memerlukan tindakan yang lebih berkesan. Sebaiknya harga mestilah adil kepada penjual dan pembeli.
"Tindakan menurunkan harga mesti disandarkan kepada inisiatif dititik awal rantaian bekalan bukan titik akhir rantaian, jualan kepada pengguna,” ujar beliau.
Kata Noor Azlan, Malaysia perlu bersedia untuk menerima hakikat tersebut kerana ia adalah ‘bayaran’ terhadap kemajuan pembangunannya yang sedang berkembang pesat kini.
"Malaysia mesti bersedia. ‘Murah’ bukan ciri sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Gaya dan budaya hidup mesti berubah sekiranya status negara maju dan berpendapatan tinggi yang kita sasarkan,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tiada bukti penyelewengan Tabung Haji, saya tak faham erti sakau' - Bekas Ketua Audit Negara"><meta itemprop="description" content="Tiada sebarang bukti pengauditan menunjukkan wujud kecurian atau penyelewengan dalam pengurusan Tabung Haji sepanjang tempoh perkhidmatan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
Beliau berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793423/berita/nasional/tiada-bukti-penyelewengan-tabung-haji-saya-tak-faham-erti-sakau---bekas-ketua-audit-negara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sakau #TabungHaji #BekasKetuaAuditNegara"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T06:44:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/di-Fs1gZJfZZRTJ47/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0kuly"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0kuly"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0kuly"></script>