Cukai minuman bergula 40 sen setiap liter akan diperkenalkan 1 Julai ini

Iklan
fast food, low carb diet, fattening and unhealthy eating concept - close up of glazed donuts, cakes and chocolate sweets behind no symbol or circle-backslash prohibition sign

PENGAMBILAN gula secara berlebihan menjejaskan kesihatan kita.

Malah, di seluruh dunia, gula telah dilabelkan dan dikategorikan sebagai musuh kepada kesihatan sejagat.

Iklan
Iklan

Gula yang datang dalam pelbagai nama dan kebanyakannya 'tersembunyi' dalam makanan dan minuman dikaitkan secara langsung dengan masalah obesiiti.

Jangan kita lupa fakta ini bahawa Malaysia adalah negara paling obes di Asia!

Iklan

Tiga tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara-negara di dunia mengenakan cukai terhadap minuman bergula dan mengurangkan cukai bagi makanan sihat seperti buahan dan sayuran.

Di Malaysia, cukai eksais bagi minuman bergula sebanyak 40 sen bagi setiap liter akan diperkenalkan bermula 1 Julai ini.

Iklan

Tujuan utama ialah mengawal pengambilan minuman bergula dalam kalangan rakyat negara ini sebagai salah satu usaha pencegahan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis dan obesiti.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia