Tiada larangan terhadap Sanusi hadir - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid ( tengah) hadir Majlis Sentuhan Kasih di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, Muar pada Khamis.

MUAR - Tiada sebarang surat rasmi diberikan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan larangan terhadap beliau untuk menghadiri program Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin arahan itu disampaikan secara peribadi bukan secara bertulis.

Iklan
Iklan

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Kalau dakwaan itu benar, mungkin Menteri Besar Kedah itu boleh menyebarkan arahan atau pekeliling yang melarang beliau menghadiri mana-mana majlis anjuran kerajaan persekutuan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sentuhan Kasih di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu menerusi Facebook miliknya mendakwa dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk hadir Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

Iklan