PONTIAN – Tiga lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus di kilometer (KM) 5.7 Jalan Parit Semerah- Parit Kudus di sini petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian jam 5.20 petang itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.