Bubur lambuk Masjid India

Iklan
Beberapa orang awam telah mula beratur seawal jam 3 petang untuk mengambil agihan juadah bubur lambuk ketika tinjauan pembuatan bubur lambuk di Masjid India Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini.
Setiap kali menjelang Ramadan bubur lambuk Masjid India sememangnya popular dalam kalangan warga kota Kuala Lumpur khususnya umat Islam.

Bubur tersebut berasaskan beras yang dimasak bersama beberapa jenis rempah tempatan dan rempah ratus khas yang di bawa dari India.

Penghasilan bubur lambuk Masjid India juga telah berusia lebih 100 tahun.