Peniaga rugi Festival Mega Aidilfitri 2023 dilanda ribut
Iklan
Keadaan Festival Mega Aidilfitri 2023 di Serai Wangi Mall yang dilanda ribut. - Foto Facebook Kulim Media TV
PADANG SERAI - Peserta Festival Mega Aidilfitri 2023 di Serai Wangi Mall, di sini terpaksa menanggung kerugian besar setelah kira-kira 80 khemah dan barang jualan rosak dilanda ribut, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Selasa.
Mangsa, Mohd Faiz Ismail, 47, berkata, semasa kejadian, dia sedang membuat persiapan di atas pentas kerana ditugaskan sebagai deejay di festival berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas tanpa sempat berbuat apa-apa.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Min, 38, berkata, kejadian menyebabkan kebanyakan peniaga mengalami kerugian besar akibat barangan jualan rosak dan basah.
Iklan
Kira-kira 80 khemah dan barang jualan rosak dilanda ribut, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Selasa. - Foto Facebook Kulim Media TV
"Baru berniaga beberapa hari saja, bila jadi macam ni rasa sedih tengok barang habis basah dan tak tahu nak mula kemas macam mana, buntu disebabkan banyak modal dah dilaburkan," katanya.
Festival berkenaan dijadualkan dibuka pada 23 Mac hingga 21 April 2023 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Iklan
Antara jualan yang terdapat di festival berkenaan ialah pakaian lelaki dan wanita, tudung, makanan dan minuman termasuk kuih raya, kosmetik, kasut serta pelbagai lagi.
Difahamkan, perbincangan akan dilakukan antara penganjur dan peniaga untuk mencari penyelesaian terbaik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>