Ayob Khan pengarah baharu JSJ mulai 16 April

Iklan
Ayob Khan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan malam ini berkata, pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.

Iklan
Iklan

Pelantikan Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Ayob Khan, 57, menjadi Pengarah JSJN pada 25 Disember 2021 selepas menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.

Iklan

Beliau sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman. - Bernama

Iklan