Tiada lagi pelepasan cukai untuk pencarum SSPN tahun ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, ujar Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim.
Memetik laporan Nanyang Siang Pau, Steven mengesahkan, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.