Warga emas maut dilanggar ketika ke masjid

Iklan
Seorang warga emas maut di jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Seberang Marang, Marang, Terengganu. - Foto Ihsan PDRM

MARANG - Seorang wanita warga emas maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan untuk menunaikan solat di Masjid Rhu Muda di sini malam Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 malam di jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan di hadapan masjid berkenaan di Kampung Seberang Marang, di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris berkata, insiden itu menyebabkan mangsa, Esah Awang, 72, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Mohd Zain, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa berjalan dari arah rumahnya yang terletak di sebelah pantai untuk melintas jalan ke Masjid Rhu Muda yang terletak di seberang jalan.

Iklan

"Pihak polis sedang mengesan dan mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa dan pemandu itu belum tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan