PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid (empat dari kanan) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berbual bersama pelajar tahfiz pada Majlis Santunan Kasih Ramadhan di Masjid Jamek Al-Islah pada Ahad. - Foto: Bernama
BUTTERWORTH - Perikatan Nasional (PN) dilihat hanya bermimpi di siang hari apabila membayangkan mampu memenangi 14 kerusi Melayu di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikat ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Iklan
Iklan
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan PN memenangi majoriti kerusi Melayu di Pulau Pinang.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan PN mungkin akan menang besar di Pulau Pinang selepas kejayaan besar gabungan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.
Iklan
Malah Pas dan Bersatu negeri juga sudah menyatakan persetujuan untuk bertanding di 15 kerusi majoriti Melayu di negeri itu.
DUN Pulau Pinang dijangka dibubarkan Jun ini bagi membolehkan PRN diadakan antara Julai hingga Ogos ini.
Iklan
Turut akan membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan PRN dijalankan secara serentak ialah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyerahkan Kunci rumah kepada 10 penyewa Projek Perumahan Rakyat Kuala Sungai Pinang sempena lawatan kerja beliau ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang di Butterworth pada Ahad. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>