Earth Hour di Australia batal susulan amaran ribut petir
Iklan
SYDNEY - Biro Meteorologi Australia pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa bahagian di New South Wales (NSW) hanya beberapa jam sebelum acara Earth Hour dijadual bermula pada 8.30 malam waktu tempatan.
"Dalam tempoh beberapa jam lagi, ribut petir mungkin mencetuskan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat, hujan batu dan angin kencang,” menurut biro cuaca itu dalam satu kenyataan.