Kuih-muih dan juadah RM1

Iklan
Pelanggan membeli pelbagai kuih muih yang dijual pada harga RM1 sepaket di sebuah gerai di Taman Klebang Restu, semalam.

Terdapat 24 vendor yang mengambil bahagian menghantar kuih-muih dan juadah di gerai yang dibuka pada 2 petang hingga 7.30 malam sepanjang bulan Ramadan ini.

Antaranya ialah lopes, kuih ketayap, cara berlauk, tauhu bergedil, koktel buah, nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng dan kuetiau goreng.

Iklan
Iklan