Meningitis sebabkan selaput pada otak

Iklan
Meningococcal

APAKAH Penyakit Meningitis (Meningococcal)?

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Iklan
Iklan

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat meningitis.

Iklan

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Iklan

Tanda dan Gejala

Lima hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:-