Mancini optimis Itali bangkit

Iklan
Mancini - Foto EPA

ITALI berdepan tugas sukar untuk menempatkan diri dalam saingan Euro 2024 susulan kekalahan 1-2 kepada England di laman sendiri, Naples awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun jurulatihnya, Roberto Mancini enggan berputus asa sebaliknya kekal positif berdasarkan persembahan baik anak-anak buahnya.

Iklan
Iklan

Dalam aksi tersebut, Declan Rice membuka tirai jaringan dan Harry Kane menjadi penjaring terbanyak England dengan gol ke-54 untuk negaranya sebelum menutup separuh masa pertama dalam pertembungan Kumpulan C di Stadio Diego Armando Maradona itu.

Pemain kelahiran Argentina, Mateo Retegui meledak gol saguhati buat Itali pada minit ke-56.

Iklan

Mancini berkata, para pemain berdepan aksi sukar pada babak pertama apabila melepaskan dua gol dan permainan bertambah baik pada separuh masa kedua, namun ia belum cukup untuk menyaingi pasukan lawan.

"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami melepaskan dua gol daripada dua bola pegun (bola mati). Kami sepatutnya lebih berhati-hati.

Iklan

"Kemudian kami mendominasi babak kedua dan mungkin keputusan sepatutnya seri. Kami kecewa dengan keputusan ini tetapi perjalanan kami masih jauh,” katanya.