Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Iklan
Zii Jia bermula langkah kanan pada Terbuka Switzerland di Basel.
JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan awal apabila menumbangkan juara Seluruh England, Li Shi Feng dalam aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia yang mara sehingga peringkat separuh akhir Seluruh England di Birmingham Sabtu lalu, melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China itu.
Iklan
Iklan
Sejurus tumbang di tangan pemain China, Shi Yuqi dalam aksi separuh akhir Seluruh England, Zii Jia mengakui tahap keyakinannya semakin tinggi dalam memburu kejayaan.
Sebelum itu, Zii Jia yang juga pemain nombor empat dunia terkandas di pusingan awal dalam empat kejohanan disertainya tahun ini - Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.
Iklan
Iklan
Untuk rekod, kali terakhir Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 merangkul kejuaraan adalah pada Terbuka Thailand Mei tahun lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>