Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Iklan
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4530/4580 berbanding dolar US daripada 4.4690/4715 yang disaksikan semalam.
RINGGIT terus mengukuh berbanding dolar US untuk hari ketiga berturut-turut berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih lemah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) lewat malam ini malah mungkin akan wujud pengurangan pada separuh kedua tahun ini.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen pasaran adalah tidak konsisten dengan prospek kadar faedah AS, yang mana, niaga hadapan kadar faedah bagi kadar dana Fed menunjukkan potensi penurunan pada separuh kedua 2023.
"Kejadian baru-baru ini dalam sektor perbankan AS menjadi peringatan bahawa prospek masih berhati-hati dan ini menimbulkan persoalan sama ada menaikkan kadar faedah adalah langkah terbaik untuk dibuat Fed," katanya kepada Bernama.
Iklan
Katanya lagi, dolar US telah melepasi paras sokongan serta-merta sebanyak RM4.4728 dan paras sokongan seterusnya berada pada RM4.4076.
"Oleh itu, ringgit boleh meningkatkan lagi sekiranya nada Fed bertukar lebih lembut malam ini," katanya.
Iklan
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.4696/4758 daripada 5.4759/4789, naik berbanding euro kepada 4.8026/8080 daripada 4.8028/8055 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3592/3633 daripada 3.3807/3829 sebelum ini.
Pada masa sama, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean.
Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9297/9506 daripada 13.0166/0311, semakin mantap berbanding rupiah Indonesia kepada 290.10/290.60 daripada 291.10/291.50 dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3363/3406 daripada 3.3423/3444.
Ia juga bertambah baik berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.18 daripada 8.21/8.22 sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>