Mesyuarat kedua Dewan Rakyat diawalkan kepada 22 Mei
Iklan
Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 diawalkan kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding jadual asal pada 12-27 Jun.
Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan, di Dewan Rakyat hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis telah bersetuju dengan pindaan itu, selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Ini adalah susulan daripada permintaan saya kepada Perdana Menteri kerana ramai ahli Yang Berhormat akan menjalani ibadah haji di Mekah pada tahun ini dan perlu membuat persiapan sewajarnya memandangkan Hari Raya Haji dijangka jatuh pada 29 Jun 2023,” katanya. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>