Aktiviti pelacuran bawah pokok diserbu

Iklan
Dengan beralaskan tikar, warga asing menjadikan kawasan hutan di Kampung Pok Besar untuk menjalankan aktiviti pelacuran.

ISKANDAR PUTERI - Tiga warga asing ditahan dalam serbuan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Serbuan di kawasan hutan Kampung Pok Besar, dekat Tanjung Kupang, di sini, itu dilakukan sekitar jam 11 malam semalam.

Iklan
Iklan

Aktiviti terbabit dipercayai dilakukan di bawah pokok dengan beralaskan tikar dan menyasarkan pekerja asing di kawasan terbabit pada harga RM50 bagi sekali perkhidmatan.

Selain itu, hasil siasatan awal mendapati waktu operasi aktiviti terbabit adalah antara jam 8 malam hingga 1 pagi dan telah beroperasi hampir sebulan lalu.

Iklan

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, tangkapan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia berusia antara 34 hingga 40 tahun.

"Lelaki terbabit tidak mempunyai pasport berusia 35 tahun, merupakan penjaga. Manakala dua wanita masing-masing berusia 34 dan 40 tahun mempunyai pasport.

Iklan

"Polis merampas dua gulung tisu, dua botol minyak disyaki pelincir dan wang tunai RM100 dalam serbuan ini," katanya di sini hari ini.

Dzulkhairi Mukhtar

Dzulkhairi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan, Seksyen 372B kanun Keseksaan dan Seksyen (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.